Monday, May 6, 2013

terimalah hakikat


Anak sulung aku dah mula menunjukkan tanda-tanda beliau sedang melangkah ke alam remaja..

  • Dah mintak nak pakai kasut sekolah jenis bertali. (walaupun lepas tu aku yang gigih terbongkok-bongkok tolong ikat tali kasut tu kalau tak dia buat ikatan simpulan mati pastu aku yg mati nak bukak balik ikatan tu. pasghah)
  • Dah mintak nak pakai spek frame hitam mcm aku. (aku kan remaja.. ahahak)
  • Kalau weekend, 2 pot nasik selamba jer dia settle kan. (tapi tak gemok-gemok jugak! kemain tinggi metabolisma)
  • Bila terjadi perdebatan dgn aku, dia akan jeling dan jalan hentak-hentak kaki masuk bilik hempas pintu. (aku masuk jugak bilik tu dan aku hempas jugak pintu tu. kaki je aku tak boleh nak hentak sangat, badan dah berat. sakit tumit. kakaka)
  • Dah pakai deodorant (ni aku yang paksa sbb petang2 bila ambik dia dari sekolah, aku rasa mcm aku ambik bangla baru balik dari motong kelapa sawit. fuhh.. kemain penerangan. pernah bawak bangla kah? hehe)
  • Dah kenal Neelofa. (lap ayaq mata)


Sebak.



xoxo
wos

Iron Man 3 (gilaboringtajukentry)


Iron Man 3. Best. Aku suka Robert Downey Jr. Mcm jenama fabric softener. Tapi orgnya tak lembut (harap-harap lah >_< ) Dalam Iron Man ni watak dia macam garang, berlagak, menggelabah tapi romantik. Satu kombinasi yang hebat Chef Maikel. Kukus Grill Panggang.

Sepanjang 2 jam 15 minit aku menonton filem ni.. aku amat tertarik dengan dialog Tony Stark yang satu nih:

We create our own demons

sekian, terima kasih.




xoxo
wos






Monday, April 29, 2013

ini kali lah!

punya lah lama tak update blog.

sebab:
gmail aku kena hacked (amacam? cukup retis tak?) pastu akaun ni di delete, pastu aku dapat balik , pastu hilang balik, pastu aku dapat balik, pastu sudahnya aku lupa apakah password gmail ku ini? akibat dari aktiviti penukaran password sebanyak empat ratus empat puluh empat juta kali (ayat kemain exaggerate hoihh! haha)

gila gigih berebut begaduh. padahal akaun gmail adalah percuma! tapi problemnya aku tak reti nak tukar email address yg aku dah guna untuk blog ni. so aku kena guna jugak-jugak email yg dah di ceroboh ni!

faham?! fuh.. beria-ia aku terangkan. macam kan ada orang kisah. haha.

mood nak berbloging kembali merasuk ni.
hmpff hmpff  <-bunyi nafas semangat berkobar-kobar



xoxo
wos

p/s: aku baru tahu 'xoxo' tu membawa maksud hugs & kisses. betapalah ketinggalan manusia ini. hadeh.